Profil

Pusat Internet Desa (PID) atau Rural Internet Central merupakan salah satu inisiatif di
bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Pembangunan PID adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar melalui kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kementerian.

Pada asasnya PID dibangunkan sebanyak 42 buah yang mana kesemuanya adalah menjadi tempat tumpuan ramai. Ini adalah kerana kesemua entiti ini dibangunkan dan dengan kerjasama POS Malaysia Berhad yang mana kedudukannya adalah bersebelahan pejabat POS di tempat-tempat yang terpilih.
PID juga adalah satu telecenter yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti internet, latihan asas ICT, pembangunan web, blog dan lain-lain lagi. Selain itu peranan PID juga ditambah dengan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat seperti bengkel, seminar dan juga karnival-karnival pembangunan komuniti dan juga usahawan.

No comments:

Post a Comment